Chapter 2

Cermin yang sudah kelabu dek habuk aku sental berkali-kali. Degil betul habuk ni. Berapa lama aku tak kemas bilik ya? Hmm.. aku cuba menghitung hari dalam kepala.


"Sowon, mari sini sekejap" sedang aku berkira-kira, suara seseorang menyapa menyebut namaku. Otakku menangkap suara ibu yang memanggil dari ruang tamu. Aku yang sedang berdiri menghadap cermin lantas berpaling melihat pintu.


"Yes mommy!" Aku meletakkan kain buruk di atas meja mekap yang bersebelahan dengan cermin besar panjang itu, mencapai sehelai kertas tisu untuk mengelap tapak tangan yang melekat sisa habuk lalu terus kubuang ke dalam tong sampah mini yang memang disediakan di dalam bilik tidurku.


Baru sahaja aku menapak keluar bilik, suara ibu sekali lagi memanggilku, tetapi dengan lebih lantang. "Yes mommy, I'm coming" aku percepatkan langkahku ke ruang tamu. 


Ibu menghirup air teh bunga bertemankan ayah di sofa yang dihidangkan orang gaji baru kami yang mula beroperasi kelmarin menyuruh aku melabuhkan tempat di sebelahnya.


Aku mengambil tempat di sebelah ibu yang duduk berhadapan dengan ayah. Mereka berpandangan sesama sendiri seperti hendak mengatakan sesuatu, tapi apa, ya?


Mereka seperti berkomunikasi isyarat mata. Setelah kelihatan ibu mengangguk mengalah, ibu membuka mulut "Sowon, mommy dengan daddy ada urusan penting di luar negeri. We are going to Busan next week, and we really hope you will be okay? Jangan nakal-nakal, dengar cakap bibik, makan ikut time, kunci rumah jangan tinggal dalam bilik, jangan asyik tid- "


"Suka hati mommy dengan daddy lah. Apa hak Sowon untuk menghalang? Lagipun memang Sowon dah biasa ditinggalkan" Aku memintas percakapan ibu. Aku menuang teh bunga ke dalam cawan yang kosong untuk diriku.


Aku tak pasti apa yang patut aku rasakan. Ibu dan ayah memang sibuk. Kadangkala, mereka langsung tidak akan pulang ke rumah atas hal pekerjaan. Aku pula, susah terlalu lali didodoi tidur oleh bibik sepanjang zaman kanak-kanak. Itu pun ibu dan ayah hampir setiap tahun tukar orang gaji.


"Okay, nanti mommy akan tinggalkan duit. 500 Won cukup? Kalau tak cukup, telefon mommy. Nanti mommy bank in" ibu berkata dengan muka bersungguh.


Aku meletakkan cawan dengan kasar ke atas meja selepas meneguk. Keletang keletung meja berbunyi berdetak dengan cawan. Tumpah setitik dua air. Aku mendengus nafas kasar dan melepaskan ayat yang telah lama aku hadam.


"Mommy, daddy. Sudah-sudah la tu, manjakan Sowon dengan duit. Duit yang you guys beri, tak pernah habis  tau. Sebab apa? Setiap kali mommy dan daddy outstation, tak pernah langsung ketinggalan pasal duit" aku tersenyum sinis.


"Also, you guys beri dalam amaun yang banyak. Apa ingat dengan duit, dah boleh buat Sowon seronok?" Aku menambah lagi.


"Duit tak boleh beli kasih sayang, mommy" kataku perlahan, tetapi sudah cukup kuat didengari ibu dan ayah.


Aku perasan mereka memandang sesama sendiri dengan riak wajah bersalah. Ibu menggigit bibir kerana terpaku dengan kata-kataku.


"Sowon, mommy minta maaf, tapi ini semua untuk masa depan kita sekeluarga. Bukannya mommy tinggalkan Sowon keseorangan. Bibik kan ada?" Ibu memandang mukaku dan tubuhnya juga sudah berubah posisi menghadapku.


"Kalau Sowon bosan, Sowon boleh ajak kawan-kawan Sowon tinggal di rumah ini sementara tunggu kami balik. Ajak Yerin? Takdelah kamu bosan?" Nada suara ibu seperti bertanya pula dihujung ayatnya.


"Ya, memang Sowon tanggungjawab bibik. Biarkan Sowon tinggal dengan bibik. Biar Sowon habiskan masa dengan bibik, biar Sowon bermesra dengan bibik. Silap-silap, mati pun dengan bibik. Biar biar!" Terawang-awang tangan aku menari di udara. Ton suara aku juga sudah mula menaik sedikit.


Ayah yang tadi berdiam diri mengerutkan kening melihatku sambil mulutnya mula mengucapkan "Sowon, don't raise your voice" kata ayah, tegas.


"We're doing this for you, sayang. mommy dengan daddy kena la kuat bekerja, untuk kesenangan kita juga, kan?" Mommy cuba meraih tanganku tapi dengan cepat aku tepis.


"Itu jelah kata mommy, senang, senang, senang. Kita ni hamba duit ke mommy? Kebahagiaan kita pun atas dasar wang semata-mata?" Aku menggelengkan kepala. Mataku bergenang panas. Aku menundukkan kepala ke bawah memandang karpet.


"Sowon, momm-"


"Cukup mommy, cukuplah. Don't say any words." Aku bingkas berdiri dan lutuku tak sengaja berlaga meja sehingga senget sedikit. Terkujat mereka dengan perilakuku. Mungkin ibu dan ayah akan berfikir aku sengaja buat begitu untuk menunjuk perasaan. Ah! Aku terus bergerak semula ke bilik.


Aku masuk ke kamar menghempas pintu tutup. Aku sandarkan belakang tubuh pada pintu dan aku biarkan air mata lesu mengalir di pipi. Badanku mula perlahan jatuh bersendengkan pintu. Teresak-esak aku menangis apabila punggung mencecah lantai. Aku terus duduk memeluk lutut.


Aku tak sangka, ibu dan ayah tetap mementingkan kerja lebih daripadaku, satu-satunya anak mereka. Adakah pangkat pekerjaan itu, lebih tinggi dan lebih hebat untuk menandingi aku, anak?


Entah kenapa memori pahit kanak-kanak melayang di fikiran, walhal aku tidak mahu ingat sampai bila-bila. Sudah aku cuba buang jauh dari hidupku.


Masihku ingat, aku yang ketika itu masih kanak-kanak pulang ke rumah dengan girang untuk menunjukkan keputusan peperiksaanku yang cemerlang. Aku tidak menaiki bas sekolah seperti selalu kerana terlalu excited. Rumahku yang dekat dengan sekolah meyakinkan aku tidak mungkin aku akan diculik.  Sebaik kaki kecilku sampai di pagar rumah, aku cepat-cepat mengetuk pintu rumah dengan tak sabar.


Tapi hampa kerana orang gaji yang membukakan pintu untukku. Apabila aku tanyakan pada bibik dimanakah kedua orang tuaku, jawapannya; mereka kerja.


Kerja, kerja, kerja.


Aku ketika itu cuba menyedapkan hati fikirkan 'Oh, nanti mommy daddy balik lah'. Tapi sayangnya sehingga ke petang meleret ke malam, mereka tetap tidak muncul.


Aku menggenggam report card sehingga tertidur di ruang tamu. Aku tak pasti jam berapa aku terjaga apabila terasa  kepala  seperti diusap, rupanya aku dikejutkan oleh bibik disuruh tidur dalam bilik. Aku berkeras masih mahu menunggu ibu dan ayah pulang. Walaupun ditegah bibik, aku yang berumur 9 tahun itu cuba meyakinkan bibik. Bibik hanya mengalah dan mengambil bantal, cadar dan selimut sebagai persediaan jikalau aku terlelap di sofa.


Keesokan paginya, aku gelisah kerana buku report card aku masih belum bertanda sign. Aku perlu menghantar kepada guru kelas pada hari itu kerana itu sahaja tempoh yang diberikan oleh guru. Kerana kasihankan aku, bibik menawarkan diri untuk menurunkan tanda tangan.


Perasankan mukaku yang monyok, bibik memuji keputusan cemerlangku untuk membuat aku kembali ceria. Ya, aku senyum tapi hatiku masih sedih kerana aku mahukan pujian daripada ibu dan ayah.


Petang hening itu, apabila ibu ayah pulang, aku mahu memberitahu mereka berita gembira itu. Aku berlari ke ruang tamu. Belum sempat aku buka mulut, ibu dan ayah terus menempik melepaskan amarah. Sebab? Aku pulang ke rumah sendiri semalam. Bukan dengan bas seperti selalu.


"Kamu tahu tak bahaya Sowon? Kenapa kamu balik seorang diri? Kenapa tak naik bas macam biasa? Semalam uncle Bas kamu call mommy kata kamu tak ada. Bila call bibik, kamu dah sampai rumah. Kenapa? Kamu dah rasa kamu budak besar? Boleh berjalan seorang diri?"


Aku ingat lagi ibu yang memarahi aku di ruang tamu. Aku cuba mematikan amarah mereka dengan mengatakan aku telah mendapat nombor 2 di dalam kelas. Wajah ibu dan ayah tidak lagi dingin dan mereka hanya mengucapkan "bagus, nanti usaha lagi supaya dapat nombor 1. Boleh jadi macam mommy dan daddy"


Sepanjang aku di sekolah rendah, cikgu pun sudah naik hairan kenapa hampir setiap tahun, bentuk tanda tangan berbeza. Disebabkan aku tak mahu meminta buku report card aku ditanda orang gaji lagi, aku bertindak meniru semula bentuk tanda tangan ibu atau ayah. 


Kini apabila aku mencecah remaja, aku pasti ibu dan ayah sudah boleh meluangkan masa denganku,  sekurang-kurangnya pada waktu cuti. Tapi hampa kerana mereka masih begitu. Dan mereka akan menukar bibik setiap tahun kerana berfikir yang orang gaji seperti ini tidak sesuai menjagaku. Setiap kesalahan akan dilemparkan kepada bibik.


Adakah semuanya kecuaian bibik? Atau salah kedua orang tuaku?


×××


"Sowon, jom teman aku pergi library, aku tak kira! Aku nak pinjam satu buku novel ni. Dah lama dah aku cari. Oh gosh! Finally ada dalam library je!" Tak lekang senyuman Yerin apabila buku novel karya penulis kegemarannya telah sampai di Pusat Sumber Sekolah.


Sebenarnya ini bukan sekali aku dimaklumkan tentang penambahan buku ke Pusat Sumber olehnya. Banyak kali. Di kantin, di kelas, di tandas, ketika berhubung di telefon.


Tapi, aku tak pernah bising. Best friend. Layankan sahaja. Kan?


Waktu rehat berbaki lagi 15 minit. Lepas makan tadi, Yerin mengajakku ke Pusat Sumber sebentar.


Sedang Yerin asyik membelek buku di setiap rak, entah bagaimana kad perpustakaan Yerin terlepas dari tanganku.  Mataku mengikut ke mana kad itu berlayar dan pap! Landing baik di bawah meja yang ramai dengan pelajar lelaki sedang mendudukinya.


"Sowon, nah aku dah jumpa novel yang aku nak pinjam. Jom? Teman pergi kaunter nak isi nama peminjam. Bak kad aku." Yerin tiba-tiba muncul di sebelahku mengejut, menadah sebelah tangan meminta diberikan kadnya.


Aku yang sedang terkedu memikirkan bagaimana harusku katakan bahawa kadnya terjatuh.


Melihat aku yang diam, Yerin memetik jarinya "Hello? Sowon? Aku panggil kau ni"


"Ah, oh ye. K-kad k-kau em- seke-j-jap" tergagap aku cuba menyusun ayat. Jatungku berdegup tak terurus.


"Em, Ye-yerin, apa ka-ka-kata kita tak payah la pinjam bu-buku hari ni, hari lain pun boleh kan? E-e-sok ada lagi" Aku cuba berlagak tenang dan melarikan dari melihat mata Yerin. Kenapa aku tergagap ni?


Yerin merenungku pelik "Kau tergagap ni kenapa? Tadi boleh je teman aku, ni dah dapat buku, kau taknak? Takpelah, bagi kad aku, aku settle sendiri" pintanya.


Aku melihat tapak tangan Yerin yang sedang ditadahnya ke mukaku.


Aku menarik nafas dan menenangkan diri "Em, eh? Bukan ada pada kau ke?"


Sowon menayangkan muka bosan"Jangan main-main Sowon. Aku bagi kau tadi"


Aku patut berterus-terang. "Em kad kau.."


"Kad aku?" Dia menyambung ayat hujungku.


"Em, tu.. terjatuh" jari telunjukku lurus menunjukkan arah kad dia sampai.


"Weh! Ramainya budak lelaki. Malulah nak ambik. Kau ni!!" Yerin menghentak-hentak kaki. Aku sudah menggaru kepala yang tidak gatal.


"Sorry lah, aku tak sengaja. Dah terjatuh, nak buat apa lagi. Dunia ni bukan boleh reverse" bidasku kelat.


"Sekarang kau pergi ambik, pergi ambik" Muncung Yerin menyuruku ambil kadnya.


"Eh taknak lah"


"Pergi ambiklah. Sampai bila nak berdiri sini. Waktu rehat dah nak habis! Kau jatuhkan, kau ambik" Yerin cuba menolakku tetapi tapak kakiku seperti digam.


Yerin berusaha menolakku ke arah meja itu. Mahu tak mahu, aku terpaksa beralah untuk mengambil kadnya.


"Sorry, sorry, nak ambik barang jatuh" aku tundukkan kepala dan terus mencapai kad itu. Baru sahaja aku mahu berdiri, aku mendongak dan satu figura yang sangat kukenali yang sedang duduk dihujung meja itu mengangkat wajahnya dari membaca buku.


Yoongi. 

Comment