Bahagian 1



Suasana di Write-Here 4 Coffee café memang amat sesuai sekali untuk para penulis. Sam memang puas dengan pinjaman yang dia dapat tu untuk dibuka kedai idamannya itu.



Warna dindingnya yang dicat lavender disulam dengan wallpaper bertemakan cawan-cawan kopi expresso amat comel sekali. Dia memang bercadang untuk membuka kedai ni bersama bekas tunangnya, Lina. Biarlah Lina itu memutuskan tali pertunangan dengannya - misinya untuk membuka café itu tetap menjadi impiannya.



Sedang dia asyik melayan perasaan sedih bila teringatkan Lina, Sam di sapa.



" Hoi!! " Kasar sapaan itu.



" Dah sedar tak lambat 1 bulan ni?" tambah suara itu lagi.



" Hah! Oh maaf maaf, bisnes agak lembab sikit bos, saya akan cuba masukkan secepat mungkin. "



" Hahahahahhahahah! Kau ingat bos aku peduli ke bisnes lembab ke apa ke? Yang penting kau masukkan duit tu termasuklah bunga-bungaan sekali ye?" Suara kasar yang dimiliki orang yang gagah perkasa itu menuding kepala Sam dengan kasarnya.



Kepala Sam tergerak kasar akibat tujahan tangan orang berbadan sasa itu.



" Ye.. y... ye.. saya janji..." Sam terus menunduk kerana tidak mahu bertentangan mata dengan orang sasa bersama konco-konconya itu. Kalau diikutkan hati sudah pasti dia akan kalah jika bertarung dengan mereka berlima itu.



Sam menghela nafas lega dan mula mengurut dadanya tanda lega mereka itu tidak mengapa-apakannya ataupun krew-krewnya itu. Punah gak kalau dibuatnya tempat yang baru dibina itu terus di musnahkan dalam sekelip mata.



Dia melihat saja kelima-lima mereka itu berjalan menuju ke kereta pacuan 4 roda di parkir depan cafenya itu.

Comment