⚜️ penutup ⚜️

Setelah menelusuri kisah tentang pemuda Kahfi, jelaslah bahawa Allah ingin kita mengambil pengajaran daripadanya iaitu tentang kepentingan memelihara iman serta kepentingan pemuda kepada sesuatu bangsa.

Signifikannya kisah ini diletakkan di dalam surah Al-Kahfi kerana kita berada di akhir zaman di mana pelbagai fitnah melata di muka bumi. Allah ingin memberi peringatan kepada kita tentang pentingnya melindungi iman dan mempersiapkan diri dengan ilmu menjelang berlakunya kiamat.

XXXX

PENGAJARAN

1.Peristiwa tentang Ashabul Kahfi mengajar kita tentang kepentingan memelihara iman kerana ianya merupakan aspek yang penting dalam diri seorang Muslim. Pemuda Kahfi melarikan diri dari penguasa yang kejam merupakan contoh yang patut diteladani masyarakat kini dimana kita tidak boleh bersekongkol dengan pemimpin yang berpaling dari syariat Allah.

2. Menurut ulama’, pemuda Kahfi terdiri daripada golongan lelaki yang muda remaja dimana mereka sedar akan keterbatasan mereka untuk memerangi kesyirikan pada waktu itu. Justeru itu, melarikan diri daripada dimurtadkan merupakan jalan terakhir yang dapat difikirkan. Kecerdasan akal fikiran dan asas keimanan yang kukuh merupakan tonggak utama yang perlu diterapkan dalam diri setiap syabab.

3. Saidina Ali RA mengatakan “Jika hendak melihat kemajuan sesuatu bangsa, lihatlah bagaimana pemudanya”. Kata-kata ini menunjukkan bahawa pemuda menentukan hala tuju dan jatuh bangun sesuatu bangsa. Pemuda Kahfi membuktikan bahawa zaman mereka mempunyai ketamadunan yang tinggi kerana kemampuan pemuda membuat keputusan untuk memelihara iman berbanding nikmat dunia.

Comment