BAB 1: Skuad Tiga Bintang

Jam menunjukkan tepat pukul 8.00 pagi, kelihatan orang ramai bergegas ke tempat kerja dan juga keadaan jalan raya yang penuh dengan kenderaan. Hari ini merupakan hari pertama bagi Skuad 3 Bintang untuk kembali bekerja dan beraksi setelah bercuti selama 2 minggu.

Skuad ini mempunyai 3 orang ahli iaitu Inspektor Previn, Inspektor Johnathan dan juga Inspektor Sarah. Tujuan skuad khas ini ditubuhkan adalah untuk menangani kes-kes pembunuhan yang sangat kritikal. Ahli skuad ini boleh memakai pakaian yang bebas dan juga tidak mempunyai waktu pekerjaan yang tetap.

Skuad ini pernah mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada Perdana Menteri setelah mereka berjaya menyelesaikan kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis yang lain, kes tersebut lebih dikenali sebagai kes 'Rudra'.

Malah pasukan ini telah menunjukkan komitmen yang padu dan juga dapat bekerjasama antara satu sama lain walaupun mereka daripada agama dan juga latar belakang yang berlainan.
__________________________________

"Selamat pagi John dan Sarah," ucap Previn lalu berjalan ke tempat duduknya dengan gembira.

Sarah dan juga John keliru melihat reaksi Previn yang selalunya berasa sedih untuk kembali ke kerja setelah habisnya cuti yang panjang.

"Jom lah gi tanya dia," ajak Sarah yang tak tahan melihat gelagat Previn yang aneh.

"Vin kenapa dengan kau ini, kau macam lain je hari ini?" tanya Sarah

"Korang nak tahu ke yang aku dah propose love aku kat kekasih aku dan dia sudah accept cinta sejati aku, first time weh aku propose kat perempuan."

"Siapa awek kau tu, share lah macam mana kau propose kat dia?" soal Sarah yang sangat curious melihat perkembangan rakan sekerjanya dalam masa 2 minggu.

"Korang nak tahu ke?"

"Mestilah lah wei kita kan rakan sekerja umpama keluarga dan kita kan selalunya open antara satu sama lain."

***
"Okaylah, sebenarnya semasa cuti tu aku demam so aku plan lah nak gi hospital, sementara aku menunggu nombor aku iaitu 0143 dipanggil, aku terjumpa dengan seorang doktor perempuan umpama bidadari yang berjalan di hadapan aku bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain.

Kecantikannya menyebabkan aku terpukau dan aku telah memutuskan bahawa dialah merupakan ratu hatiku.

Matanya umpama bintang yang bersinar pada waktu malam. Bibirnya berwarna merah dan berkilau seperti matahari.

Hidungnya yang mancung umpama perempuan Eropah. Easy nak cakap dia umpama bidadari dari langit yang dicipta oleh Tuhan untuk aku."

***

"Pastu apa berlaku dan macam mana kau propose kat dia?" tanya John.

***
"Sabarlah, pastu nombor aku dipanggil dan aku berjalanlah menuju ke bilik nombor 2.

Aku terkejut apabila melihat bidadari aku di dalam bilik tersebut. Aku cakaplah kat dia yang aku ni demam selama 6 hari dan aku menunjukkan laporan doktor yang sebelum ini

Kemudian dia memasukkan termometer digital ke dalam mulut aku untuk mengukur suhu badan aku. Ketika jari-jemarinya menyentuh tangan aku, badan aku terasa sejuk dan aku seperti di heaven.

Dalam pada itu, lagu-lagu cinta dan lagu "AMALINA" bermain-main dalam gawang minda aku. Dia memberitahu aku bahawa suhu badan aku berada dalam tahap yang normal. Aku terkejutlah mendengar penjelasan tersebut.

Then aku beritahu dia tujuan Tuhan hantar aku ke hospital ini adalah untuk berjumpa dengan awak. Ketika saya berada di hospital tadi badan saya sangat panas. Apabila tangan awak terkena pada tangan saya, badan saya menjadi sejuk.

Awak tahu tak nombor panggilan saya ialah 0143 maksudnya I Love You dan awak berada dalam bilik nombor 2 bersama dengan saya, ini bermakna kita akan mempunyai 2 orang anak.
Baiklah saya nak beritahu sesuatu kepada awak dengan terus-terang, saya jatuh cinta pada awak sejak saya jumpa awak di luar sana.

Nama saya ialah Previn dan aku telah memperkenalkan diri aku kepada dia. Awak boleh memberitahu keputusan awak kepada saya pada bila-bila masa sahaja ataupun menelefon saya."

"Roses are red, violet are blue. My heart is full of love, it's only for you." kata aku sebelum beredar dari bilik tersebut.

"Then pada pagi ini dia menelefon aku dan dia telah memberitahu aku "Roses are red, violet are blue. My love is true, it's only for you."

***

"Itu je yang berlaku."

"Nama dia siapa?" soal Sarah

"Secret lah wei."

"Korang ni banyak tanyalah, apa yang korang buat semasa cuti?"

"Aku spend time bersama-sama dengan ibu bapa aku" jawab Sarah dengan simple.

"Samalah" jawab John.
________________________________

Kringgg!Kringgg!Kringgg!Kringgg!!!

Tiba-tiba telefon di atas meja berdering, Sarah menjawab panggilan tersebut dan mencatat sesuatu dalam buku notanya dengan pantas.

"Siapa tu Sarah?" tanya John dan Previn serentak.

"Ada satu pembunuhan yang kejam berlaku di kawasan perumahan Taman Sentosa."

"Apa! Pembunuhan yang kejam?"

Skuad Tiga Bintang lekas ke kawasan kejadian.
________________________________

Kawasan tersebut dikerumuni oleh pihak media dan juga penduduk kawasan perumahan tersebut. Previn mengarahkan polis bantuan untuk menghalau penduduk dan juga pihak media untuk menyita tempat tersebut.

Previn, Sarah dan John melihat badan mangsa tersebut iaitu seorang lelaki yang berada dalam keadaan bogel serta dia telah didera dan juga dibunuh dengan kejam.

Malah alat sulitnya telah dikerat dan tiada pada badannya. Sarah tidak dapat melihat keadaan badan mangsa tersebut dan telah beredar dari kawasan tersebut untuk memanggil pihak ambulans.

John dan Previn pula sedang sibuk menangkap gambar mangsa tersebut untuk mencari bukti.

Kelihatan seorang penduduk berjalan ke arah skuad tersebut lalu memberikan sepucuk surat kepada Previn.

"Tuan tadi saya ada jumpa sepucuk surat yang mempunyai logo singa di atas badan mangsa."

"Baiklah," jawab Previn lalu membuka surat tersebut.

🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁

Kepada : Pihak polis

Jangan kacau kerja aku, seorang telah pun dibunuh dan tinggal lagi 4 orang lagi untuk dibunuh dan diseksa dengan kejam. Lebih baik korang menyelamatkan 4 orang mangsa tersebut daripada mencari aku.
"Kekejaman ini hanya permulaan"

Yang benar: Killer

🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁

Kelihatan pula pihak ambulans tiba di lokasi kejadian. Mereka telah memasukkan mayat mangsa tersebut ke dalam ambulans untuk dihantar ke Sunway Medical Centre untuk dibedah siasat.

Previn mengarahkan John untuk mendapatkan biodata mangsa manakala Sarah diarahkan untuk menenangkan ibu bapa mangsa dan menyuruh mereka untuk ke balai polis bagi membuat laporan polis.

"Saya pula akan ke hospital untuk mendapatkan laporan forensik. Setelah korang dah siap kerja tu tolong datang ke hospital," kata Previn.

John dan Sarah mengangguk kepala sebagai tanda okay.
______________________________

Jam menunjukkan pukul 3.00 petang, Skuad Tiga Bintang sedang menunggu untuk mendapatkan laporan forensik. Kelihatan Doktor Sharaf berjalan ke arah mereka sambil memegang sesuatu.

"Macam mana doktor? Ada apa-apa clue tak?" tanya Previn.

"Baiklah, saya tidak menjumpai apa-apa klu kerana tiada satu pun cap jari pembunuh pada badan mangsa. Berdasarkan bedah siasat yang telah dijalankan, mangsa merupakan seorang kaki botol dan mangsa telah ditangkap serta digantungkan seperti huruf X, maknanya tanganya digari pada tiang dan kakinya juga digari pada tiang.

Kemudian pembunuh telah menggunakan pisau yang telah karat untuk memotong alat sulit mangsa dan juga telah mengerat jari tangan dan kaki mangsa serta rambut mangsa telah dicabut dengan menggunakan tangan.

Malah pembunuh juga telah memasukkan botol kaca ke dalam lubang dubur mangsa ketika mangsa berada dalam keadaan hidup. Setelah itu jari, rambut dan juga kemaluan mangsa telah dimasukkan ke dalam mulut mangsa. Finally paling teruk ialah lebih kurang 650 ml hydrochloric acid dituang ke dalam mulut mangsa.

Disebabkan oleh kehilangan darah yang berlebihan, mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya telah dibuang di kawasan perumahan," ujar doktor tersebut.

"What, kejam gila pembunuh tu?" Sarah berasa terkejut apabila mendengar penjelasan Dr. Sharaf.

"Terima kasih doktor. Jom kita pergi ke balai" kata John.
________________________________

"Ini merupakan biodata mangsa,"
John menyerahkan laporannya kepada Previn.

Nama mangsa tersebut ialah Muhammad Syahmi bin Abdullah, berumur 28 tahun, dan sedang bekerja sebagai chef di Hotel Aya Sajinah ....

"Terima kasih John kerana biodata mangsa sangat lengkap dengan semua maklumat," ucap Previn.

"Weh tengok gambar ini ada sesuatu yang aneh pada badan mangsa," kata Sarah.

"Yeee apa ni?"

Comment