~30~

Setelah mengambil masa 15 minit perjalanan, akhirnya pacuan 4 roda Hali pun berhenti di hadapan perkarangan rumah yang besarnya tidak terkata.


Di kawasan luar rumah itu tersangatlah luas seperti padang bola sepak sekolah. Dihiasi pula dengan taman dan susun atur pasu dan bunga yang menarik. Malah terdapat kebun sayuran dan kawasan beriadah lagi.


Tempat bermain badminton pun ada. Tidak lupa tapak soccer khas direka untuk Blaze Si Penggemar Bola Sepak.


Hali memasuki di bawah bumbung garaj kereta yang tinggi dan luas lalu dia keluar dari perit kereta itu.


Gempa yang baru pertama kalinya ke rumah ini sudah terlopong menganga melihat kecantikan keluasan rumah ini. Ni taman diraja ke apa ni?


Hali memandang ke arah isterinya yang masih kagum sejak sebelum mereka masuk ke dalam pagar rumah lagi. Tadi sempat Gempa terkejut melihat ketinggian pagar utama rumah Hali yang besar, tinggi dan dikawal secara automatik.


Dah tu, kawasan luar pagar itu juga ditanam beberapa pokok hiasan yang bukan tiruan.


Hali hanya mengendahkan Gempa yang masih melilau memandang keadaan sekeliling. Dia berjalan ke bonet kereta lalu mengeluarkan beg bagasi miliknya dan Gempa.


Gempa: B-besarnya rumah ni...sini ke keluarga awak tinggal dulu?


Hali: Hmm...bagi aku biasa je.


Gempa: Tak sesat ke kalau masuk dalam rumah ni?


Hali: Nak sesat buat apa nya? Bukannya banyak sangat pun perabot kat dalam rumah ni. Arwah mak aku tak suka sangat rumah dikeliling perabot. Rimas katanya.


Gempa hanya ber-oh ria. Tapi sungguh cantik di kawasan luar rumah ini. Dihiasi dengan pokok tanaman yang segar dan tumbuh dengan cantik. Kadang Gempa ternampak beberapa orang gaji sedang menguruskan tanaman tersebut. Seperti menyiram dan menangkas pokok bunga.


Gempa berjalan ke arah Hali untuk menolong suaminya membawa beg bagasi miliknya. Tapi ditolak Hali.


Hali: Tak payah. Kau tu penat.


Gempa: Eh, taklah. Saya tak penat pun. Awak tu yang lagi penat bagi saya.


Hali: Tak lah. Dah, jom masuk.


Hali menyadung belakang pinggang Gempa membuatkan gadis itu tersadung bergerak ke hadapan iaitu ke pintu utama rumah tersebut.
.
.
.
Gempa semakin kagum dengan susun atur di dalam rumah tersebut. Barang perhiasan dan perabot hampir semua bersalut emas dan dihiaskan dengan permata ruby. Persis iris Gempa dan Halilintar. Sungguh cantik!


Gempa: Awak...takutlah saya nak duduk rumah ni...


Hali: Dah kenapa pulak?


Gempa: Tak lah...banyak barang mewah yang mahal. Nanti tak fasal-fasal saya terlanggar buat ia terjatuh lepastu kena ganti rugi. Macam mana?


Hali mengela nafas sebelum dia melepaskan pegangannya pada 2 beg bagasi tadi. Kedua tangannya kini menghinggap di kedua pipi gebu milik Gempa kiri kanan. Hali sengaja menekankan sikit membuatkan Gempa termuncung mulutnya.


Gempa: Eh? Aphwa ni?! [Apa ni?!]


Hali: Listen, this house already officially become my house. Jadi kau nak langgar atau bakar semua barang dalam rumah ni aku tak kisah.


Gempa: Kenaphwa phuwak?? [Kenapa pulak?]


Hali: Heh, berapa lah sangat barang ni pun. Aku boleh beli lagi cantiklah. Cuma malas nak beli je.


Gempa meronta melepaskan dirinya dari cengkaman Hali. Sebaik terlepas, sempat Gempa mengurut kedua pipi chubbynya yang sudah kemerahan itu.


Gempa: Ish, tak baik tau awak cakap macam tu. Itu dipanggil riak tahu? (urut pipi)


Hali hanya berdecih sebelum dia membawa kembali beg bagasi tersebut dan berjalan menuju ke sebuah lif. Eh? Lif dalam rumah?! Terbeliak Gempa memandang.


Gempa: Rumah awak ada lif?!


Hali: Dah tu? Kau nak letak escelator pulak ke kat dalam ni?


Gempa hanya ternganga tidak percaya. Sebaik sahaja dia dikejutkan kerana dipanggil oleh Hali, cepat-cepat dia berlari ke arah Hali yang sudah berada di dalam lif.
.
.
.
Klik!


Bunyi pintu bilik terbuka dan dari dalam kelihatan bilik itu terlihat gelap.


Tap!


Hali: Ni bilik aku. Kau biasakan diri dalam bilik ni.


Hali membawa beg bagasi ke tepi dan memberikan ruang agar Gempa boleh masuk ke dalam biliknya.


Sekali lagi Gempa kagum dengan suasana dalam bilik Hali. Luasnya berapa meter tak tahulah malas Gempa nak cari tahu. Tapi yang pasti, bilik itu cantik dengan suasana merah-kuning muda.


Gempa: Luas sangatlah bilik awak. Err...kalau saya tidur dekat ruang tamu tak boleh ke?


Hali memandang Gempa dengan pandangan kau-ni-biar-betul?.


Hali: Kata bilik luas, yang kau nak tidur dekat ruang tamu dah kenapa?


Gempa: Errr...sebab tak biasa dengan bilik yang luas?


Hali: Mengarut! Tidur sajalah-


"Boboiboy Galaxy! Hey! Hey! Hey!"


Tiba-tiba kata-kata Hali terpotong dengan nada dering telefonnya. Cepat-cepat Hali mengambil fonnya dari dalam poket seluar dan menekan butang 'jawab' walaupun belum sempat tengok siapa yang call. Yang dia tahu, dia nak tutup malu dia.


Gempa: Pfft...lawa ringtone? (tahan gelak)


Hali: Diamlah! /////// ...helo?


???: Assalamualaikum Hali~!! Rindu tak suara ni??


Kedengaran suara seorang wanita dari hujung talian. Suara yang ceria dan mesra menerobos keluar dari layar hp Hali. Gempa yang mendengarnya menjadi tertanya akan siapa yang menelefon Hali itu.


Hali: Aah...Ummi... (sweatdrop)


???: Heheh~ iya sayang! Ini Ummi! Ummi dah balik dari London! Ummi dan Walid tumpang dekat rumah korang tau!


Hali: Ohh...ok- HAH?! TUMPANG?!! TAK! TAK! TAK! TAK BOLEH!!


Terkejut Gempa apabila Hali tiba-tiba menjerit dengan nada takut.


Gempa: Kenapa awak terjerit ni? Siapa tu?


Hali: Sshh! Diamlah!


???: Hm? Siapa tu? Macam suara perempuan saja. Hali, kamu keluar dengan perempuan mana pula ni?!


Hali: Ahh...tak! I-ini...


Tuutt-!


Dan panggilan berakhir. Hali dan Gempa diam seketika memandang fon milik Hali yang berskrin hitam dengan pandangan kosong.


Dut-dut-dut-dut-dut!!!!


Hali: (gasp) DIA BUAT VIDEO CALL!!!


Terkejut Hali apabila panggilan baru masuk dan ia melalui video call dari whassap. Gempa juga terikut terkejut tapi terpinga-pinga memandang Hali yang entah kalut semacam.


Hali meneguk ludah sebelum tangannya yang sedang terketar-ketar itu cuba menekan butang sambung talian.


Beep-


???: Halilintar! Tunjukkan Ummi muka perempuan tu!!


Hali: U-Ummi...d-dia dah pergi! S-sekarang Hali dekat rumah!


???: Macam mana kamu boleh sampai rumah begitu cepat?! Hah, kejap...jangan-jangan kamu bawa dia ke rumah?!


Hali: Eh, tak Ummi-! Dia-


???: HALILINTAR!!!


Hali sudah terkumat-kamit membaca doa pelindung. Dah gerun tengok mata wanita di hujung telefon itu yang tajam memandangnya. Iris wanita itu juga tidak tumpah sama warnanya dengan Hali, cuma lebih kepada warna maroon.


Gempa melihat ke arah Hali. Nampak macam sudah tiada harapan. Jadi Gempa menarik nafas lalu mengambil telefon dari Hali.


Hali: Oi!


Gempa membiarkan sahaja. Dia memandang ke arah wajah manita itu. Mudanya!


Gempa: Err...Assalamualaikum.


Gempa cuba tersenyum manis kepada wanita itu.


???: Waalaikumussalam. Kamu siapa? Apa kena mengena kamu dengan Hali?


Gempa: Err...s-saya Gempa. Saya....isteri Halilintar.


???: WHAT?!!!!
.


.


.
Selepas penerangan..


???: Oohh..jadi Hali tiba-tiba melamar kamu dan akhirnya korang menikah di kampung Gempa ya?


Gempa: Ha'a.


???: Hmm...comel kamu ni. Geram Ummi tengok! Ummi nak ke rumah kamu, boleh tak?


Gempa: Err...itu-


Tiba-tiba Hali merampas kembali telefonnya.


Hali: Ummi, tak payahlah datang.


???: Hey, Ummi tanya Gempa lah! Yang kamu sibuk ni kenapa?


Hali: Tapi Ummi...ini rumah Hali!


???: Ah, takde! Takde! Ummi bertolak sekarang juga! Lagi 45 minit Ummi sampai. Siap kamu kalau kamu takde tak rumah nanti!


Beep!


Dan video call berakhir. Hali menghela nafas lelah. Aduh...entah apa dosa dia sampai bala tiba-tiba datang.


Gempa: Awak nak mandi?


Suara Gempa memecahkan gusar di hati Hali. Hali memandang ke arah Gempa dengan pandangan penat.


Gempa: Saya masakkan. Awak pergilah mandi.


Hali: Hn...masak lebih...


Gempa: Ok.


Gempa memandang Hali sehingga suaminya itu masuk ke dalam bilik mandi. Gempa melepaskan tudungnya lalu melepaskan ikatan rambut untuk dikemas sebelum dia mengikat kembali.
.
.
.
Gempa turun dari tangga yang tersedia. Tak nak naik lif. Takut tak membantu dietnya. Lol :v


Gempa berjalan ke ruang utama rumah itu. Dia berpusing-pusing sambil matanya melilau mencari sesuatu. Wajah nya gusar.


Gempa: Luas betul tempat ni..! Agak-agak, Kak Taufan pernah datang tak-


Hali: Kau buat apa tu?


Gempa: OiMakAkuCantik! Eh? Halilintar?! Bila siap mandi?


Hali: Baru je. Yang kau tengah pusing-pusing macam puteri bebaju kembang ni dah kenapa?


Gempa: TAK JUMPA DAPUR LAH! ;;A;;


Hali: Haah? Kau sesat ke?


Gempa mengangguk secepatnya tidak menyembunyikan apa-apa. Sejak tadi dia gusar dan panik sebab tak jumpa dapur. Nasib baik tak keluar rumah kes nak cari jendela dapur punya fasal. :v


Hali menghela nafas sebelum dia turun dari lif yang berdekatan dengannya. Kurang 1 minit, Hali keluar dari lif lalu berjalan menuju ke arah Gempa.


Hali: Meh sini. Dah besar panjang pun nak kena tunjuk jalan lagi. (tarik Gempa)


Gempa: Eh-eh eh!! H-Halilintar!! Janganlah tarik-tarik!! ><'
.
.
.
Gempa: WoaAahHh!! OAO


Sekali lagi Gempa terlopong dengan keluasan dapur rumah mewah itu. Tak cukup dengan kawasan luar rumah, dalam rumah, dalam bilik, malah di dapur juga nak luas dan cantik? Tu Gempa tak jenguk lagi dekat dalam bilik mandi. Kalau tak, dah sahih nak tidur semalaman dalam tandas tu.


Hali: Maid dan butler dah sentiasa uruskan makanan dan bahan mentah. Kau nak buat apa lagi kat dapur?


Gempa: Kan tadi saya kata nak masak?


Hali: Jadi? Haih, apa gunanya aku bayar maid tu kalau kau yang masak?


Gempa: Menolong itu kan 1 kebaikan? Tambahan pula kalau kita memudahkan urusan orang lain, Insya-Allah, Allah juga akan memudahkan urusan kita kelak. Jadi, awak faham kan apa maksud saya?


Gempa merenung Hali tepat pada wajahnya. Hali hanya mendengus sebelum dia mengusap kepala Gempa kasar.


Hali: Yah, terserah. (usap kepala Gempa)


Gempa sedikit terkejut dengan tindakan itu. Wajahnya merah menerimanya. Dalam sisi kasar Hali, ada juga kelembutannya kan?


Hali berjalan keluar dari dapur lalu menuju ke ruang keluarga yang terdapat televisyen di situ. Hali duduk sambil menekan butang alat kawalan untuk menonton rancangan yang menarik.


Gempa hanya menggeleng sebelum dia menuju ke peti simpanan makanan dan membukanya.


Gempa: Mak aih, banyak betul bahan mentah? Ni stok untuk makan 1 bulan atau makan 15 orang ni? ....ok Gempa. Time to cooking!!
.
.
.
40 minit Gempa mengambil masa memasak, akhirnya makanan siap terhidang. Gempa menuangkan setiap bahan masakan ke dalam mangkuk lalu dibawa ke meja makan yang berada di luar berdekatan dapur.


Setelah selesai mengangkat yang terakhir, Gempa menoleh ke arah Hali yang tidak jauh kedudukan ruang tamu darinya.


Gempa: Awak! Tak nak makan ke?


Dengan suara sedikit lantang Gempa menjerit.


Hali: ...nantilah.


Gempa hanya mendengus. Jadi apa gunanya dia masak? Tambahan pula beberapa pembantu rumah tolong dia tadi. Jadi taklah tergesa-gesa sangat.


Gempa: Err...Bibik Ana, kita tutup lah dulu makanan ni.


Ana: Baik Nona Gempa.


Bibik Ana merupakan ketua maid di dalam rumah itu. Usia baru hampi mencecah 40-an. Masih muda. Sudah lama bekerja di situ sejak Blaze dan Solar lahir.


Bibik Ana bersama anak buahnya membantu Gempa menutup makanan yang masih berasap itu. Takut dihinggap serangga.


Gempa: Baiklah. Rasanya itu sahaja. Kalau bibik sekalian nak makan, makanlah. Lauk lebih ada.


Ana: Eh, tidak mengapa, nona. Kami punya makanan sendiri.


Gempa: Iya? Biasanya bibik makan apa?


Ana: Makannya makanan segera saja.


Gempa: Astarghfirullah. Tak payahlah bibik makan semua tu. Tak elok. Mulai hari ni, bibik makan saja masakan yang dimasak ya? Tak perlu makan fast food dah.


Ana: Tapi non-


Gempa: Takpe, bik. Kalau takut, makan masakan saya. Pastikan sentiasa habis, ya? (senyum)


Ana: B-baik non. Terima kasih Nona Gempa.


Gempa: Sama-sama. ^^


Gempa dan para bibik bersurai ke tempat dituju masing-masing.


Gempa berjalan menuju ke ruang keluarga. Tempat Hali berada.
.
.
.
Gempa berjalan ke arah sofa berdekatan lalu dilabuhkan punggungnya di atas sofa single.


Gempa: Halilintar...boleh tanya?


Hali: Hn..


Gempa: Err...siapa Ummi yang awak maksudkan tu?


Hali: Aunty aku..


Gempa: Aunty? Sebelah mana?


Hali: Ayah aku.


Gempa: Oohh...umm...dia tak tahu ke tentang status awak sekarang?


Hali: Tak...aku lupa nak bagitahu. Tu yang terkejut besar tu.


Gempa: Ooh...umm..dia ada bawa anak dia sekali tak?


Hali merenung ke arah Gempa. Membuatkan si isteri terkebil-kebil sebentar.


Hali: Apsal tanya?


Gempa: Uumm...nak tahu?


Hali: Ckh, nak mengorat lah tu.


Gempa: Eh, tak! Mana ada!!


Hali: Hm...yelah tu.


Gempa: Betullah! Percayalah! ><'


Hali: Iya?


Gempa mengangguk laju mengiyakan perkataannya. Sungguh dia hanya pandang Hali saja sekarang. Takde manusia lain!


Hali: ....kalau macam tu...meh sini.


Gempa: Eh?


Hali: Cium pipi aku.


Sambil lewa Hali menunjukkan pipi kirinya. Di situ dimintanya bibir Gempa menghinggap.


Lantas wajah Gempa bertukar merah apabila mendapat permintaan begitu.


Gempa: Awak ni! Janganlah main-main! /////// (max blush)


Hali: Mana ada main-main. Meh, cepat!


Gempa tidak dapat membantah. Susah bila pakai prinsip Dengar dan Ikut Perintah Suami Selagi Tidak Melanggar Syarak ni.


Gempa berjalan menuju ke arah Hali selepas dia bangun dari duduknya.


Gempa: Nak duduk mana ni?


Hali: Mana lagi? Ni kerusi single kan?


Gempa: Jadi?


Hali: Atas paha akulah. Haa...meh sini. Duduk, duduk. Aku tahu kau ringan. Cepat duduk.


Dengan wajah nakalnya Hali menepuk pahanya. Wajah Gempa semakin merona apabila mendapat kejutan seperti itu. Berfikir berkali-kali Gempa dibuatnya, tak tahu harus ikut atau tak.


Hali geram dengan tindakan ragu-ragu Gempa. Dan akhirnya dia sendiri "membuatkan" Gempa duduk di atasnya.


Gempa: Woah!! Ukh-! (terduduk)


Hali: Ayuh cepetan!


Gempa: Mau apaan sih?! //////


Hali: Kiss me.


Gempa: Tak nak.


Hali: Cepat.


Gempa: Tak nak.


Hali: Jangan buat aku paksa.


Gempa: Blerk~ :p


Hali tersenyum sinis melihat kenakalan isterinya. Gadis comel ni...


Gempa: Apa yang- WoahahahHAHAhahah!! Hentikan- Wahahahahaah!!


Dengan tidak semenanya Hali menggeletek isterinya sampai terhambur ketawanya. Gempa cuba meronta untuk terlepas tapi ternyata pelukan Hali sangat kuat. Yang Gempa mampu lakukan sekarang yang tertawa.


Hali: Nak buat ke tak?


Gempa: Wahahahah!! Ok! Ok! Saya buat!! Stahp!!


Hali berhenti dari geletek Gempa. Gempa menghela nafas lelah ketawa. Hali memandang kepada Gempa yang sedang tercungap-cungap meraup nafas.


Entah kenapa tangan Hali tiba-tiba secara automatik menyentuh pipi chubby Gempa. Mengusapnya dan menyelak rambut Gempa.


Gempa sedar akan tingkah laku Hali. Wajahnya bertukar merah kembali. Entah kenapa suasana waktu itu amat sesuai untuk mereka berduaan.


Hali: Cepatlah...


Gempa: Iya, iya...


Gempa cuba memberanikan diri. Perlahan-lahan bibirnya menghampiri wajah Hali dan-


Chu~


Ciuman manis hinggap di pipi Hali. Hali menerimanya dengan senang walaupun wajahnya juga tidak kalah merahnya.


Gempa dan Hali saling bertatapan sebaik sahaja Gempa berhenti mencium pipi Hali.


Hali: Kat tempat lain?


Gempa: Tak nak.


Hali: Nak kena geletek lagi?


Gempa: Uuhh..tak nak.


Hali: Jadi?


Gempa: Hmmm..yelah! //////


Hali membetulkan posisi wajahnya. Biar menghadap ke arah wajah Gempa. Perlahan mata mereka tertutup diikuti wajah mereka yang kian mendekat. Semakin dekat dan-


???: ASSALAMUALAIKUM!!!


HaliGem: OIJANTUNGPISANG!!


Serentak mereka melatah akibat terkejut. Cepat-cepat Hali dan Gempa bangun dari duduk. Hali berlari-lari anak menuju ke pintu manakala Gempa naik ke tingkat atas untuk ambil tudung.
.
.
.
Klik!


Hali: Waalaikumus......salam...Ummi?


???: Kitorang dah sampai! Hi Hali! XD


To Be Continue
======================


Hehe, sorry tentang part last tu. X,D Tiba-tiba jadi nakal kepala akak ni. //puasa cik kak! :v


Lama tak update sepantas kilat kan? X,D Saja berjaga malam nak update. Btw, macam mana puasa korang? ^^


Harap chapter kali ini dapat menambah serikan lagi puasa korang.


Bye! XD

Comment