Qaysla | 4

Khayla memasuki hospital. Dia mencari bilik yang Hakkim ditempatkan. Mata ligat mencari bayangan Ibu Rina.

"Khayla!"

Ibu Rina memanggilnya.

"Ibu!"

Khayla berlari anak. Ibu Rina tampak sedih.

"Ibu, Hakkim mana bu? Khayla nak jumpa dia."

Khayla memegang tangan Sarina. Resah bertandang di hati Khayla. Macam mana keadaan dia?

"Bilik depan ni Khayla, nanti masuk cakap-cakap elok ye."

"Ye baik bu, Khayla mintak izin masuk dulu ya."

Sarina mengangguk. Dia melepaskan genggaman tangan. Khayla memasuki bilik Hakkim.

"Assalamualaikum."

Salam dibiarkan sepi. Khayla melihat satu figura dikenalinya baring di atas katil.

Beg tangan diletakkan di atas meja. Dia berdebar untuk memulakan percakapan.

"Hakkim, ni saya Khayla."

Hakkim mengalihkan badannya. Dia melihat Khayla dengan mata layu.

"Khayla.." serak suara Hakkim.

"Awak okay tak ni? Ada sakit apa-apa tak? Macam mana boleh accident ni ha?"
bertalu pertanyaan Khayla.

Hakkim cuma tersenyum.

"Sikit je ni, Khayla. Saya kan kuat!"

Khayla menitiskan air mata. Tak sanggup dia melihat Hakkim berbaring di katil hospital.

"Awak, kenapa ni? Saya kuatlah!"

"Bohong, Ibu Rina bagitau awak lumpuh."

Riak wajah Hakkim berubah.

"Ya, saya dah lumpuh. Maafkan saya okay?"

Hakkim serba salah untuk memberitahu. Khayla menekup mukanya. Dia tidak boleh menahan tangisannya. Satu persatu ujian melanda pada dirinya.

"Awak tak salah. Saya yang salah. Saya punca awak jadi macam ni Ash Hakkim. Kalau saya tak call awak dua hari lepas benda ni takkan jadi."

"No no no, saya yang salah tak reti bawak kereta elok-elok."

Hakkim menidakkan apa yang diluah Khayla. Khayla tak salah, aku yang salah.

"Awak tetap sayangkan saya kan walaupun saya macam ni?" soal Hakkim.

Khayla mengelap air mata. Dia tidak mampu menjawab soalan ini tatkala lusa nanti dia bakal berkahwin dengan majikannya sendiri. 

"It's okay, dah tak mau nangis dah. Saya lapar lah, nak makan boleh tak?"

"Mestilah. Nah ni ada nasi ayam saya belikan dekat Chicken Rice Shop. Ni kan favourite awak."

Hakkim teruja melihat bungkusan nasi itu.

"Thanks awak!"

"Makan sendiri ehh, takleh suap."

"Tahulah, tangan still boleh bergerak lagi."

Khayla mengambil sudu dan garfu lalu diletakkan di tepi bungkusan nasi.

Ya Allah, apalah reaksi Hakkim bila dia tahu aku khianati dia?

- Qays Luqman -

Keesokannya...

"Khayla!"

Khayla bergegas menuju ke pejabat Qays. Dia membuka pintu pejabat lalu melihat Qays yang khusyuk melihat skrin komputer.

"Sini."

Dia mendekati Qays.

"Tengok pelan yang kau buat ni. Cuba cari apa yang tak kena dalam ni?"

Khayla melihat pelan rumah ibu rakan Qays, Syakir.

Dia melihat dengan mata tidak berkedip. Ya Allah silap apa lagi aku buat ni?

"Dekat sini, saya tak lukis ruangan mini library."

Qays mengeluh. Baru dapat tahu? Punya lama baca pelan. Khayla menjauhi Qays yang cuba mendekatinya.

"Nampak pun. Kau lukis balik pelan ni. Aku nak lepas lunch pelan ni kau hantar dah."

Khayla tersenyum kelat. Sejak kejadian dua hari lepas, Qays bersikap dingin terhadapnya.

"Okay Encik."

"Dah kau boleh keluar."

Khayla keluar dari bilik Qays. Dia menghela nafas lega. Silap hari bulan jadi gunung berapi si Qays.

"Mbaaa!"

"Ya Allah Zahra! Sukanya bagi aku terkejut."

Zahra ketawa terbahak-bahak. Jelingan diberikan pada Zahra. Bercekak pinggang Khayla melihat Zahra. Suka sangat bagi aku terkejut!

"Lah terkejut sikit je kan? Kenapa Encik Qays macam dingin je dengan kau? Aku tengok dia macam tengah period ja."

Khayla menekup mulut Zahra. Kang ada orang terdengar mampus hidup mereka berdua.

"Ish kau ni! Jangan cakap bukan-bukan. Dekat sini ramai stalker, tak ingat ke?" soal Khayla.

Tangan dilepaskan. Zahra mengambil nafas panjang.

Setahun lepas...

"Khayla Nafeesa, saya ada dengar yang awak mengata saya." Qays bercekak pinggang di hadapan meja kerja Khayla.

Khayla tersenyum kelat.

"Eh mana ada encik, saya buat kerja encik ja."

Qays berjalan pergi.

"Masuk bilik saya sekarang!" arah Qays sambil berjalan masuk ke biliknya. Khayla merapikan tudungnya. Dia cuba menenangkan diri dahulu. 

Khayla terus bangun. Zahra hanya membuat tanda bagus pada Khayla. 'Goodluck!'

Khayla mengeluh. Semua salah Zahra. Kalau tak, mesti tak jadi macam ni.

"Haahlah aku baru ingat, sorry Khayla." kepala berbalut tudung digaru. Zahra hanya tersengih seperti kerang busuk. 

Betullah orang tua kata, kerana mulut badan binasa.

"Lain kali nak cakap tu kena bagi line clear dulu."

Khayla menepuk bahu Zahra. Ketawa kekek Zahra teringat muka Khayla semasa terkantoi dengan perbuatan mereka.

"Gelak lagi dekat aku. Ish dahlah aku nak siapkan kerja ni. Nanti encik singa tu marah lagi mampus!"

Khayla meninggalkan Zahra sendirian.

- Khayla Nafeesa -

"Hakkim, meh makan sikit."

Sarina memberi bubur yang dimasaknya. Dia meletakkan di atas meja.

Hakkim hanya menggeleng. Dia tidak berselera untuk makan. Sarina duduk bersebelahan Hakkim. Dia memegang tangan anaknya.

"Ibu tahu Hakkim sedih kan? Allah takkan uji Hakkim kalau dia tahu Hakkim tak mampu."

Ibu mana tak sedih melihat anaknya lumpuh? Terbaring terkujur di atas katil tanpa boleh membuat apa pun.

"Tapi Hakkim tak kuat bu. Hakkim tak mampu." Keluhan dilepaskan.

"Hakkim mampu nak, ibu akan sentiasa dengan Hakkim."

Sarina mengelus lembut rambut Hakkim. Hakkim memerlukan sokongannya. Akibat kemalangan teruk itu, Hakkim kehilangan upaya untuk berjalan.

"Ibu janji Hakkim dengan satu perkara boleh?" soal Hakkim.

Sarina tersenyum. Apalah agaknya yang nak dijanjikan tu.

"Benda apa tu?"

"Janji yang Ibu sayangkan Khayla macam ibu sayangkan Hakkim?"

Sarina mengangguk.

"Terima kasih bu! Hakkim nak makan boleh? Ibu suapkan ye?" soal Hakkim.

Mangkuk bubur diambil. Dia menyuap sesudu bubur pada Hakkim. Sarina menahan air mata melihat anaknya.

'Terima kasih bu, Hakkim janji Hakkim jaga Khayla baik-baik.'

- Qaysla -

"Awak penipu! Pergilah dekat suami awak tu!"
- Hakkim

"Kadang Allah bagi kita rasa sakit sebab Allah nak kita rasakan ujian yang Dia beri."

Comment