Pembalasan Ramadhan Masjid SS14 2001

Buka puasa free di masjid dan surau pada bulan ramadhan adalah salah satu strategi org org bujang dan student untuk berjimat cermat menghadapi Hari Raya yg akan datang.Penjimatan tersebut boleh la digunakan untuk membeli seluar jeans GA blue ataupun seluar dockers bundle di pasar Chow Kit.Gua pun tidak ketinggalan dlm hal ni.


2001


Pusat Persediaan Universitas Ugama Internasional Malaysia.


Kalau nk turun ke masjid di sebelah asrama mesti kena turun awal awal agar dapat duduk menyambar sebungkus nasi berbuka yang disediakan.Janji dpt..solat magrib kat masjid ke tak lain kira.


Malangnya time tu dah pukul 6.30.konpem konpem nasi bungkus polistiren masjid dah kena sebat dgn budak budak yang turun awal td.So gua Jais,Amirudin dan Zamani ( semua bukan nama sebenar) merancang untuk ke Masjid SS14.Kata Jais kita jalan kaki je..elok elok sampai dah azan.Lagipun situ area orang kaya kaya mesti bukak puasa lagi sedap.Kami semua setuju dgn pendapat beliau dan terus memulakan perjalanan.


Bukan senang nak sampai ke sana.Nak amik teksi mahal.Hanya anak anak yg ibu bapa bekerja swasta ataupun kakitangan kerajaan kumpulan profesional yang mampu naik teksi selalu.Jadi option yang ada iaitu berjalan kaki tepi longkang besar yg bersemak samun harus ditempuhi.Bahayanya boleh tahan..silap silap jatuh longkang besar mungkin mati syahid fisabilillah.


Akhirnya dlm 30 minit jalan sampai juga ke Masjid SS14.Time tu dh nk dekat azan dh.Dgn pantas kami ambil tempat duduk yg ada sambil tunggu hidangan berbuka.Dalam byk byk orang gua nampak gak Kamarudin yang selalu solat subuh kat Masjid pn ada.Gua pandang dia tapi just angkat kening sebab takut tok siak dan ajk masjid perasan ramai yang student yang datang.


Tibalah hidangan dkt depan kami tapi sungguh damn sekali nasib kami hari itu.Percaturan yang di buat tidak menjadi.Hanya ada bubur kacang sahaja.Gua memandang sekeliling.Sah takde makanan lain.Gua dapat rasa ramai gak yang tak puas hati..tapi hanya di dalam hati sambil menghirup bubur kacang mangkuk kecil seolah seolah olah puas kekenyangan.Dari jauh gua nampak Kamarudin seperti menahan marah..memang muka toya tak puas hati terus.Yelahh..orang beriman mana pandai buat muka penipu.


Gua masih menahan sabar sambil memandang ajk masjid dgn pandangan sinis dan tajam.Diorang buat tak tahu sambil buat sibuk sibuk kemas mangkuk bubur kecik tadi.Cilake btoi..Aku nampak Kamarudin mmg dah angin terus ready nak solat Magrib.


Selesai bagi salam Solat Magrib gua nampak Kamarudin terus meluru keluar.Jilake..apa dia nk buat ni..jarang orang beriman habis bagi salam terus keluar saf.Tapi dgn perut dah berkeroncong lapar gua rasa apa apa pun boleh jadi.Gua teringat juga pesan senior sekolah dulu "Takutlah kamu akan marah orang yang sabar".Harap harap Kamarudin tak buat benda yang bangang.Gua follow terus Kamarudin dan tinggalkan kawan yang lain.




"Bang dinner plate satu..campur original ngan spicy taknak wings & drumstick"


Sambil makan gua nampak Kamarudin kat meja tepi tingkap tgh sedap makan kentaki.Gua lambai tangan dan beliau balas dan terus kami sambung makan kentaki.


Lps abis makan tu jugak kami semua balik naik teksi.


Tammat.

Comment